Label Cloud

Tuesday

Panduan Membuka Akaun Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Paypal ialah merupakan satu sistem akaun, yang membenarkan seseorang menghantar atau mengirim duit mereka, yang terdapat di dalam kad kredit atau akaun bank, kepada orang lain, menerusi email dengan selamat dan cepat. Kaedah ini dipakai dengan meluasnya oleh pengguna-pengguna eBay. Ia juga merupakan satu kaedah yang paling murah bagi pengguna-pengguna di internet menerima bayaran kad kredit atau pindahan wang dari Paypal ke Paypal daripada pembeli.

Pendek kata nombor akaun anda adalah berasaskan email seperti: xxx@gmail.com , yyy@yahoo.com dan lain-lain.

Satu ketika dahulu, satu masalah besar bagi pengguna-pengguna Paypal di Malaysia ialah, mereka tidak boleh mengeluarkan wang yang terkumpul di dalam akaun Paypal mereka, mereka hanya boleh menggunakan nya untuk membeli melalui internet sahaja. Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang Paypal, anda perlu membuka akaun di bank-bank US.

Tetapi itu cerita dulu-dulu, disebabkan penggunaan internet di Malaysia amat membanggakan, maka peluang untuk mengeluarkan wang Paypal telah menjadi amat mudah. Salah satu caranya adalah dengan memohon kad debit dari Public Bank.

Akaun Paypal anda perlu disahkan, melalui pengesahan kad kredit atau pun kad debit anda. Sekiranya anda tidak mengesahkan akaun Paypal anda, anda masih boleh menerima pembayaran tetapi ada juga bayaran tertentu yang tidak boleh diproses, jadi proses pengesahan Paypal adalah penting, Oleh itu penggunaan kad debit juga adalah sangat penting (proses permohonan kad debit adalah amat mudah di Public Bank, malah boleh dibuat secara online). Semasa proses pengesahan, anda akan dikenakan bayaran USD 1.95 melalui pemotongan di kad debit atau kad kredit anda. Tetapi jangan risau, duit itu akan dipulangkan ke akaun Paypal anda, setelah akaun anda dapat disahkan.

Memiliki akaun Paypal adalah penting bagi mereka yang terlibat di dunia internet. Tanpa Paypal kita seolah-olah ketinggalan dari orang lain. Saya pasti anda akan bertanya bagaimana ingin mendapatkan pembayaran ke akaun Paypal anda. Sebenarnya banyak peluang untuk mencari wang di internet. Antaranya anda boleh menyertai cash-hi.com, mylot,sponsored review, WidgetBucks dan banyak lagi.

Anda juga boleh menyertai affiliate tanpa mengeluarkan bayaran seperti : rajaadsense, kuasaforex dan lain-lain.

Dibawah ini ditunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk membuka sebuah akaun paypal :


Mendaftar akaun paypal

Langkah 1:
  • Sila kehalaman ini : Paypal
  • Anda akan dibawa kehalaman dibawah, klik pada "sing-up" (bulatan merah) :



Langkah 2: Pilih Country (negara) di ruangan dropdown box, iaitu Malaysia.



Langkah 3: Setelah memilih Malaysia sebagai pilihan negara /country anda akan dibawa secara automatik kehalaman dibawah :





Untuk permulaan anda bolehlah memilih akaun persendirian (personal accounts) sebagai pilihan, dan klik "Continue".


Langkah 4: Anda akan dibawa kehalaman dibawah, isikan semua maklumat yang diminta dan klik butang "sign-up".



Langkah 5: Kemudian anda akan diminta mengisi maklumat mengenai kad debit / kad kredit anda. Jika anda sudah memiliki kad debit, sila rujuk bahagian pengesahan kad debit / kad kredit untuk panduan menambah kad anda ke akaun paypal anda. Jika anda belum memiliki kad debit / kad kredit, anda hanya perlu tekan Cancel dan anda boleh menambah maklumat kad debit anda di lain kali setelah anda mempunyai kad. Anda perlu mempunyai kad debit terlebih dahulu sebelum melakukan langkah yang diterangkan. Dan saya akan menunjukan cara-cara bagaimana untuk memohon kad debit di Malaysia.



Langkah 7: Sekiranya anda menekan butang cancel, anda akan terus dibawa kehalaman dibawah dan anda perlulah mengikut arahan yang diberi untuk mengesahkan akaun Paypal anda:


Langkah 6: Sekiranya anda menekan butang "Continue" anda akan terus dibawa kepada halaman akaun Paypal anda seperti dibawah. Perlu diingat akaun Paypal anda perlu disahkan terlebih dahulu.



More Online Money...