Label Cloud

Thursday

Berapa Banyak Duit Yang Boleh Dijana Melalui AdSense?

Semua ini kelihatan senang setakat ini dan anda tentu mahu tahu banyak mana duit yang boleh anda peroleh melalui AdSense dan Carian untuk AdSense, bukan ? Jawapannya adalah bergantung ...

Jika seseorang memberi jawapan selain daripada ini, bermakna dia penipu! Google tidak mengumumkan berapa banyak yang telah dibayar untuk klik yang dibuat. Duit yang boleh anda buat melalui AdSense dan Carian untuk AdSense banyak bergantung kepada jumlah trafik laman anda dan berapa banyak anda mendapat klik pada ikian Google. Semakin banyak pengunjung ke laman anda, semakin tinggilah potensi klik yang akan anda terima. Tiada siapapun yang tahu berapa ramai pengunjung akan klik pada iklan anda. Adalah mustahil untuk mengetahuinya.

Apa yang diketahui kebanyakan orang dengan pasti tentang AdSense ialah ada sesetengah klik akan dibayar beberapa sen dan selebihnya akan dibayar beberapa ringgit untuk satu klik. Semuanya bergantung pada topik yang spesifik dan kata kunci yang spesifik untuk ikian . Atas sebab-sebab yang jelas, Google tidak memberitahu klik yang mana akan dibayar lebih atau kurang. Ini adalah salah satu perkara yang anda perlu cuba dan teka.

Satu perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menjamin pendapatan yang bagus daripada AdSense ialah menyediakan blog yang bermutu dengan topik yang baik, selalu mengeposkan penulisan yang berkualiti, dan mempromosikan laman untuk mendapatkan pengunjung seramai mungkin. Dengan cara ini , anda akan memperoleh sebanyak mungkin duit daripada AdSense tanpa perlu membuat tipu helah dengan Google dan pembaca anda.

0 comments: