Label Cloud

Thursday

Peraturan AdSense

Apabila anda mendaftar AdSense di Google, anda akan diminta untuk membuat persetujuan dengan perjanjian syarat perkhidmatan. Perjanjian ini perlu anda baca dan fahami segala yang terkandung di dalamnya.

Google mempunyai peraturan yang terperinci tentang apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan dengan ikian AdSense dan Google amat serius dengan peraturan mereka. Contohnya, anda tidak dibenarkan meminta pembaca anda mengklik pada pautan iklan AdSense. Anda dilarang mengklik pautan AdSense pada laman anda sendiri. Anda juga dilarang meletakkan pautan AdSense Google pada mana-mana laman, pop-pups, pop-unders yang mempunyai bahan lucah. Anda hanya dibenarkan untuk meletak tiga kotak AdSense pada setiap laman web. Dengan memahami syarat dan peraturan perjanjian AdSense, is akan dapat membantu anda beretika dalam mendapatkan keuntungan dengan program ini. Jika anda tidak mengendahkan syarat dan peraturan perjanjian tersebut, banyak masalah yang akan timbul dan ands mungkin anda akan diberhentikan daripada program ini buat selama-lamanya.

Google dapat mengesan laman yang direka dengan pelbagai isi kandungan yang remeh yang bertujuan untuk mendapatkan klik bagi AdSense. Google tidak menyukai splog dan akan menghambatnya dengan begitu hebat dan menggalakkan penulis blog untuk melaporkan kepada Google sekiranya mereka menemui splog dalam talian. Laman jenis ini biasanya meniru isi kandungan daripada laman lain, dan meletakkannnya pada laman mereka semata-mata untuk mendapat tempat bagi AdSense. Ini adalah bertentangan dengan polisi Google dan mereka akan menarik balik iklan AdSense daripada laman ini bila mereka dapat mengesan dan menemuinya. Sebagai penulis blog yang beretika, perkara seperti ini adalah baik untuk anda kerana ini akan dapat menghalang splog daripada mendapat kedudukan yang tinggi dalam carian berbanding blog anda yang sebenar dan sah, yang mana anda telah menghabiskan masa untuk membina dan mengemaskinikannya.

0 comments: