Label Cloud

Sunday

Reka Bentuk Blog Anda

Reka Bentuk Blog Anda

Selepas blog anda didirikan dan berfungsi untuk seketika waktu, anda pasti akan dapati yang anda mahu lakukan beberapa perubahan. Mungkin anda mahu membuat perubahan yang mudah seperti menukar jenis biru kepada jenis hijau atau mungkin anda mahu templat yang berlainan secara keseluruhannya dan imej blog anda. Kebanyakan perubahan terhadap blog anda yang mahu dilakukan boleh dilaksanakan di blog anda dengan sedikit pengalaman menggunakan Blogger.

Selagi anda belajar dan meningkatkan kemahiran menulis blog dan HTML, anda akan pasti dapati perkara baru dan inovatif yang anda boleh tambah kepada blog anda untuk membuatkan lebih menarik kepada pembaca anda dan akhirnya membuat lebih banyak duit untuk anda. Sentiasalah prihatin tentang perkara baru dan inovatif yang anda boleh lakukan terhadap blog anda dan cara yang anda boleh gunakannya untuk menjana pendapatan bagi anda.

Hanya untuk mengemas kini imej di blog anda, anda boleh gunakan template yang berbeza. Terdapat jutaan pilihan template di luar sana yang percuma atau template murah yang anda boleh gunakan bersama Bloger. Kerana Blogger Google menerajui industri menulis blog, ramai orang mereka bentuk kulit (imej latar belakang yang menarik) dan template sesuai dengannya. Bermain dengan template dan kulit baru boleh jadi menyeronokkan dan akhirnya anda boleh mendapat imej blog yang unik. Blog anda adalah kesinambungan diri anda dan perniagaan anda, jadi anda seharusnya meluangkan masa untuk mengubahsuainya dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin mencuba-cuba templat lain pada blog anda, mungkin anda perlu pertimbangkan untuk mencubanya pada blog sementara. Dengan cara ini, sebarang perubahan yang mungkin anda lakukan tidak akan memberi kesan terhadap blog utama anda. Ini membenarkan anda membuat keputusan sama ada ands suka akan pengubahsuaian itu atau tidak sebelum anda menggunakannya. Ini boleh menjimatkan masa dan kekecewaan semasa anda baru mula belajar menggunakan template dan setting Blogger.

Anda perlulah sentiasa membuat salinan pendua template sedia ada sebelum anda membuat sebarang pengubahsuaian. Ini teramatlah mustahak. Anda sentiasa perlu boleh kembali balik kepada template lama anda dengan mudah jika anda tidak suka akan yang baru. Anda tidak akan mahu masalah mengenal pasti apa kesilapan yang telah dilakukan di dalam pengubahsuaian tersebut. Ianya amatlah mudah untuk kembali balik kepada templat lama dan kemudian cuba lagi buat pengubahsuaian.

Jika anda mengubahsuai template anda akan perlu juga menyalin dan menampal kod ands daripada templat lama ke dalam yang baru. Item seperti AdSense dan pautan peribadi anda perlu diletakkan pada templat baru daripada yang lama secara manual.

Membuat salinan sandaran templat anda bukanlah hanya satu pilihan; anda sebenarnya mesti melakukannya setiap kali sebelum anda membuat sebarang pengubahsuaian terhadap blog anda. Ini akan menjimatkan masa anda yang bernilai dan menyelamatkan daripada kekecewaan.
Ia juga amatlah panting menentukan sama ada anda mahu blog anda mempunyai imej "profesional" atau Iebih kepada perasaan buatan sendiri terhadapnya. Adakah nilai blog anda akan memberikan pembelajaran atau hiburan kepada pembaca anda? Adakah anda menulis sebagai seorang yang "pakar" dalam bidang tersebut? Adakah anda ingin dikenali terhadap keprofesionalan dan pengalaman? Atau adakah anda hanya mahu berkongsi pengalaman anda dan menyajikan sedikit hiburan untuk pembaca anda?

Andaikan seketika yang saya miliki blog dalam topik etika perniagaan. Sebagai perniagaan utama saya, ialah konsultan etika perniagaan. Saya ingin dikenali sebagai autoriti dalam etika perniagaan. Saya gunakan blog etika perniagaan saya untuk mempromosikan perniagaan utama saya, sementara menikmati beberapa pendapatan daripada AdSense. Dalam blog saya mengepos artikel dan pendapat yang profesional. Dengan blog ini saya lebih mahukan imej profesional. Saya mahu dilihat profesional di mata pembaca saya dan seolah-olah berjaya di dalam pilihan kerjaya saya. Untuk tujuan ini, saya akan gunakan template yang berimej korporat dan profesional. Saya juga akan memilih untuk tidak mengepos gambar anak-anak dan haiwan peliharan saya dalam blog ini.

Sekarang, andaikan pula saya miliki satu lagi blog tentang berdikari dan hidup daripada hasil bumi. Saya hidup begini dalam kehidupan peribadi saya dan saya mahu bantu orang lain supaya mereka boleh melakukannya juga. Saya mahu menjadi rujukan mesra untuk mereka yang berminat untuk hidup seperti saya. Saya mahu orang ramai boleh memahami saya dan berkongsi pengalaman mereka dengan hidup daripada hasil bumi. Dalam blog ini, saya menceritakan tentang kehidupan dalam rumah saya dan fikrah bagaimana untuk mendapatkan hasil yang sebanyak mungkin daripada kehidupan mudah ini. Walaupun blog ini boleh dijadikan blog penjana pendapatan, saya mungkin akan mahu perasaan "buatan sendiri" padanya.

Pembaca saya amatlah tidak suka akan imej "korporat dan seumpamanya" jadi saya tidak mahu blog saya berimej demikian kepada pembaca. Mungkin saya gunakan template berwarna ketanahan dan mengeposkan gambar anak-anak saya dan tempat kediaman saya dalam blog ini.
Sepertimana anda boleh lihat dalam kedua-dua contoh di atas, imej blog anda mempunyai banyak kaitan dengan fungsi dan matlamatnya. Mendapat perasaan dan imej yang betul amat penting supaya pembaca anda selesa seolah-olah berada di rumah dan akan kembali mengunjungnya selalu. Anda mahukan pembaca anda melihat blog anda dan memahami akan matlamat dan arah tujuannya dengan mudah.

0 comments: