Label Cloud

Sunday

Mengepos Mesej dalam Blog Anda

Saya Iebih suka mengepos mesej dalam blog saya, empat atau lima kali setiap minggu. Mengepos Iebih daripada itu tidak perlu, tapi anda juga tidak mahu kurang mengepos mesej. Anda akan hilang pembaca dengan cepat jika anda mengepos sekali sekala. Jika pembaca anda kembali kepada blog anda sekali dua dan dapati mesej yang sama, mereka mungkin akan sangka yang anda tidak menulis lagi jadi mereka tidak akan kembali kepada blog anda lagi. Pembaca anda akan mempunyai daya fokus yang singkat dan akan mencari makiumat baru dan menarik pada blog anda. Jika anda tidak endah untuk menulis isi kandungan baru untuk mereka jadi mengapa mereka perlu kembali kepada blog anda?

Samalah juga, tidak perlu pos beberapa mesej setiap hari pada blog anda. Sesetengah orang kata yang anda sepatutnya mengepos tiga mesej setiap hari pada blog anda. Sebenarnya ini tidak perlu kerana tindakan ini seolah menggagalkan sebahagian daripada tujuan keseluruhan menjana pendapatan pasif. Anda mahu pembaca kembali kepada blog anda tetapi anda juga tidak mahu melemaskan mereka dalam isi kandungan. Mereka harus kembali kepada blog anda, membaca satu atau dua mesej baru, mengklik beberapa ikian dan kemudian pergi dan kembali lagi selepas satu atau dua hari.

Gaya anda menulis mesej blog boleh memberi kesan yang hebat kepada pembaca blog anda. Anda hendaklah selalu menulis dalam gaya seolah anda bercakap dengan kawan balk anda. Tulis seolah anda kenal setiap individu yang membaca blog anda. Berusaha untuk membina satu hubungan dengan pembaca anda supaya mereka rasakan seolah mereka 'kenal' anda. Dengan mengambil masa untuk mengenali anda dan pembaca anda, anda akan membina asas pembaca, yang setia pada blog anda.

Tanyalah pembaca di dalam mesej blog anda dan galakkan mereka untuk membalasnya di ruang komen blog anda. Bila pembaca anda mengambil masa untuk mengepos komen, pastikan anda selalu balas komen mereka. Jika anda tidak dapat menjawab semua komen, maka setidak-tidaknya anda rujuk kepada komen pembaca anda dalam mesej blog yang seterusnya. Dengan berbuat begini bersama pembaca anda, mereka akan mula merasa yang anda mengambil berat tentang mereka. Oleh kerana anda mengambil berat dan berminat tentang mereka, mereka akan menjadi pembaca blog anda yang setia dan mereka akan membantu anda, dengan menceritakan blog anda kepada orang yang mereka tahu. Ini mendatangkan Iebih ramai pembaca dan akhirnya Iebih banyak klik AdSense. Mereka juga akan Iihat blog anda sebagai autoriti dalam topik anda dan akan berminat dengan ikian yang sepadan dengan topik dan isi anda.

Cuba serba sedikit berhumor dalam catatan blog anda. Anda tidaklah perlu menulis cerita yang menakjubkan atau terlalu kelakar atau seumpamanya, tapi anda juga tidak mahu pembaca anda tertidur. Pastikan mesej anda ringan, gunakan sedikit humor bila boleh dan masanya sesuai, ceritakan tentang diri anda dan kehidupan anda sekali-sekala dan cubs Iihat mesej anda dari kaca mata pembaca anda.

Adakah anda akan kembali kepada blog anda setiap hari untuk membacanya? Mengapa? Kenapa tidak? Gunakan jawapan kepada pertanyaan ini untuk memulihkan blog anda dari semasa ke semasa.

Pastikan isi blog anda sentiasa berubah dan menarik kepada pembaca. Ini akan menyukakan pembaca anda dan ands pula akan suka untuk menulis blog lagi. Ini juga menunjukkan kepada pembaca bahawa anda serius untuk blog anda buat jangka masa panjang. Ini akan membuatkan mereka mahu kembali lagi dan lagi dari semasa ke semasa.

0 comments: