Label Cloud

Sunday

Mendapatkan topik untuk blog anda

Fikir betul-betul tentang kehidupan anda. Fikir tentang kemahiran anda. Apakah pekerjaan anda? Apakah yang anda suka buat pada masa lapang? Apakah hobi anda? Apakah kemahiran unik anda? Anda sudah ada anak? Anda ada haiwan peliharaan? Apakah impian dan aspirasi anda? Apakah yang unik tentang diri anda? Apakah yang unik tentang apa yang anda tahu berbanding dengan orang lain? Dengan mudah saja, anda boleh gunakan jawapan kepada soalan ini dalam mencari topik blog yang bagus.

Jika anda susah untuk menjawab soalan tersebut maka dapatkan seseorang yang rapat dengan anda dan suruh mereka menjawab soalan tersebut tentang anda. Dapatkan cadangan daripada orang lain tentang topik apa yang mungkin anda boleh tulis untuk blog anda. Selalunya anda tidak dapat lihat apa yang ada di depan anda tetapi orang yang rapat dengan anda boleh. Mungkin anda akan terkejut dengan idea bernas yang akan mereka lontarkan kepada anda. Dengar cadangan mereka. Jawab soalan tadi untuk diri sendiri dan putuskan satu topik yang bagus.

Perkara yang paling panting anda boleh buat ialah menulis blog tentang sesuatu yang menarik iaitu, menarik kepada anda dan kepada orang lain. Sama ada tentang sesuatu yang anda arif atau mempunyai keinginan untuk mempelajari sesuatu secara mendalam. Sebagai contoh, saya mungkin mendapati bahawa topik seperti "cat berwarna hijau limau nipis" akan jadi topik blog yang bagus untuk SEO dan AdSense, tetapi selepas menulis lebih kurang tiga mesej, apa lagi yang akan saya tulis yang mungkin menarik bagi sesiapa? Kemungkinan besar tidak ada sesuatu yang boleh ditulis selepas tiga mesej itu. Jadi cat berwarna hijau limau nipis bukanlah satu topik yang bagus untuk blog saya.

Anda perlu seimbangkan di antara SEO, lokasi iklan AdSense, pengetahuan anda di dalam bakal topik anda dan minat anda.

Mencari suatu topik yang anda minat dan berilmu tentangnya akan membantu anda menulis mesej teks yang menarik. Mesej anda tidak perlulah menjadi satu seni penulisan agung. Memadailah dengan is menarik, menawan dan paling penting sekali agak kerap. Anda akan dapati menulis blog adalah suatu yang paling mudah dan amat menyeronokkan apabila anda pilih topik yang bagus untuk diri anda.

Percayakan saya bila saya katakan anda memulakan blog untuk gagal jika anda pilih topik semata-mata berdasarkan kepada SEO dan AdSense, tetapi hakikatnya anda tidak meminati topik itu. Anda mungkin akan kehabisan idea untuk menulis perkara yang menarik dan pembaca anda akan jadi bosan dan tidak akan kekal bersama anda. Anda juga akan dapati bahawa anda tidak mempunyai motivasi yang diperlukan untuk jangka masa panjang jika anda pilih untuk menulis sesuatu yang anda tidak suka. Lebih bijak anda mengambil masa untuk mencari topik yang sesuai untuk blog anda dari awal lagi. Dengan demikian, peluang blog anda untuk berjaya adalah lebih cerah dan dapat banyak menjanakan duit secara pasif.

0 comments: