Label Cloud

Sunday

Trafik dari email

Fail Pengenalan E-mel

Kebanyakan e-mel klien hari ini menawarkan anda fungsi untuk mencipta satu fail pengenalan. Malah akaun e-mel percuma seperti Yahoo atau Hotmail membenarkan anda menciptanya. Sama seperti di papan mesej atau forum dalam talian, fail pengenalan ini dilampirkan pada setiap mesej yang anda hantar daripada akaun e-mel ands. Bayangkan setiap orang yang anda hantar e-mel pada setiap hari dan peluang mendapatkan pembaca baru untuk blog anda hanya daripada satu fail pengenalan e-mel yang mudah ini.

Jika anda lampirkan pautan blog anda ke dalam setiap mesej e-mel yang anda hantarkan, orang akan mengkliknya sama ada is berkaitan atau tidak dengan isi e-mel yang mereka terima. Manusia adalah satu spesies yang ingin tahu hal orang lain iaitu mereka ingin tahu apa yang berlaku dengan orang lain dan apa yang orang lain fikirkan. Blog anda membenarkan mereka seolah masuk ke dalam otak anda sedikit supaya mereka akan klik pautan ke blog anda dan melihatnya.

Hubungan e-mel ini mungkin berpotensi menjadi pembaca blog, yang mana anda tidak akan capai dengan sebarang pengiklanan dalam talian. Menggunakan fail pengenalan memberikan anda jangkauan yang luas kepada pelbagai golongan manusia tapi tidak perlu menghabiskan masa yang banyak semasa mula menyediakan fail pengenalan itu sendiri. Dan jika anda mempunyai blog yang baik dan bermutu, maka kemungkinan besar pembaca baru anda ini akan menyebarkan pautan blog anda kepada kenalan mereka.

Jika anda ada lebih daripada satu blog dan e-mel akaun, anda boleh meletakkan pautan semua blog anda ke dalam setiap fail pengenalan untuk setiap e-mel akaun atau satu pautan, satu akaun. Cuba fikirkan cara apa yang akan menjana trafik yang paling banyak untuk blog khusus pilihan anda. Anda seharusnya mengambil masa untuk mempromosikan blog anda dan laman web anda melalui blog dan laman web lain anda; walaupun isinya tidak berkaitan. Matlamat anda untuk sebarang blog atau laman web mestilah untuk mendapatkan pengunjung sebanyak mungkin dan ands lakukan ini melalui mempromosikan laman anda di mana saja yang anda boleh lakukan sama ada di alam maya atau di alam nyata.

0 comments: