Label Cloud

Sunday

Trafik dari forum

Fail Pengenalan Forum

Salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog anda ialah untuk menulis di dalam forum internat. Sebuah forum internet hanyalah satu papan mesej di mana orang berkumpul untuk berbincang dan membentuk komuniti mereka sendiri dalam talian. Terdapat pelbagai forum tentang apa-apa topik yang boleh anda fikirkan! Anda boleh mendapati forum daripada topik melahirkan anak kepada kewangan, daripada politik kepada sejarah dunia dan dengan literal, semua topik lain yang berada di antaranya.

Kebanyakan forum dalam talian membenarkan anda untuk ada satu fail pengenalan peribadi. Di dalam fail pengenalan peribadi ini, amnya anda boleh letak pautan ke blog anda, laman web anda atau yang kerap anda kunjungi, nama anda, lokasi anda atau sebarang maklumat asas yang anda mahu paparkan untuk sesiapa yang membaca mesej dalam forum. Apabila anda mengeposkan mesej dalam forum, fail pengenalan anda dengan automatik mengeposkan maklumat yang anda masukkan ke dalamnya, di bawah setiap mesej yang anda poskan. Menggunakan pengenalan dalam forum boleh menjadi cara yang bagus untuk mendapatkan orang datang dan membaca blog anda dan sekaligus dapat mencapai sasaran pasaran anda dengan mudah.

Apa yang anda patut buat dulu ialah mendaftarkan diri dalam forum sama ada yang berkaitan langsung dengan topik anda atau di mana tempat berkumpulnya orang yang mempunyai minat yang sama dengan topik anda dan kemudian masukkan pautan ke blog anda di dalam fail pengenalan anda. Anda harus memastikan untuk hanya mengeposkan mesej bermutu dan lebih penting, mesej yang relevan dengan topik forum berkenaan. Anda patut cuba menjadi peserta forum yang berharga. Jika mesej anda menambah nilai kepada forum untuk komuniti pembaca yang lain, dan ands dapat berkenalan dengan beberapa penulis forum lain serta membina persahatan dalam talian, maka berkemungkinan besar mereka akan tengok blog anda dan mula membacanya. Apabila mereka dapati suatu yang mereka suka dalam blog anda, mereka akan menceritakannya di forum kesukaan mereka. Ini akan mendatangkan lebih ramai lagi pembaca untuk blog anda. Mereka akan mula mengiklankannya bagi pihak anda. Apa yang lebih baik daripada pengiklanan pasif? Tiada!

Apa yang anda sekali-kali tidak mahu buat dalam forum ialah hanya mengepos tentang betapa hebatnya blog anda dan mengapa semua orang patut melihatnya. Ini dikira spamming dan akan menyebabkan anda dilarang masuk dalam kebanyakan forum dan malah mungkin blog anda itu sendiri ditutup. Anda tidak akan memperoleh sebarang trafik yang berguna dengan melakukan ini. Anda hanya membuatkan orang marah dan mungkin mendapat beberapa komen yang menyakitkan hati dalam blog anda. Orang ramai tidak akan melihat blog anda kerana anda katakan ia hebat.

Mencari Forum yang Diingini

Mencari forum yang relevan dengan topik blog anda amatlah mudah. Katakanlah anda mempunyai blog tentang topik °memancing ikan trout." Anda hanya perlu pergi pada www.google.com, atau enjin carian lain, dan taipkan "memancing ikan trout+forum" dan ands akan dapati 258,000 laman web berpotensi yang anda boleh lawat untuk menyertai forum berkaitan dengan memancing ikan trout. Senarai yang Google kembalikan kepada anda akan termasuk salinan dan beberapa laman tak berguna, tapi anda juga akan dapati bahawa terdapat lebih banyak forum memancing ikan trout daripada apa yang anda sangkakan!

Disebabkan cara enjin carian berfungsi, anda akan dapati kebanyakan forum yang popular akan dipaparkan pada kedudukan teratas laman hasil carian. Mungkin itu adalah forum yang terbaik untuk anda sertai dan mengenali ahlinya. Oleh kerana ia mempunyai kedudukan carian enjin yang tinggi, ini memberitahu anda bahawa ia mempunyai keahlian yang ramai yang berpengetahuan luas dalam topik anda. Ia berkemungkinan besar adalah tempat di mana pencinta dan pemancing ikan trout berkumpul dalam talian.

Di samping mencari "memancing ikan trout", mungkin anda patut pertimbangkan topik lain yang mungkin ada kepentingan untuk pemancing ikan trout. Sesetengah topik ini mungkin termasuklah subjek seperti backpacking, berkhemah, memancing, fly fishing, mendaki gunung, kehidupan lasak, rekreasi aktiviti lasak, hidup daripada hasil bumi dsb...Fikirkan segala perkara yang anda minati dan fikirkan sama ada orang lain yang memancing ikan trout juga akan meminatinya. Dari sana anda boleh mendapatkan perkataan

yang relevan untuk dicari, sekumpulan forum baru untuk anda sertai dan memperkenalkan diri.
Jika anda berfikir luar biasa sedikit, anda boleh dapat pilihan yang terlalu banyak tak terhingga untuk anda meletakkan pautan blog anda. Semakin ramai pembaca datang kepada blog anda maka semakin cerahlah peluang mengklik AdSense dan lebih banyaklah duit anda di dalam akaun bank anda.

0 comments: