Label Cloud

Sunday

Isi Blog

Mencipta Isi Yang Menarik

Setiap orang yang menulis blog ada dua matlamat yang sama iaitu menarik orang untuk membaca blog dan menarik minat pembaca supaya kerap datang balik sebanyak yang mungkin. Tidak kira apa yang anda buat atau tidak buat pada blog anda, dua matlamat ini adalah matlamat anda juga. Jika tiada pengunjung blog atau pengunjung tidak klik pada pautan ikian AdSense anda, maka anda tidak akan mendapat satu sen pun daripada blog anda. Konsepnya semudah itu.

Apa Yang Patut Saya Tulis dalam Blog Baru Saya?

Anda sudah melalui proses memulakan blog, meletakkan AdSense pada tempat strategik untuk mendapat klik yang banyak, tapi kini anda tiada idea Iangsung untuk menulis tentang apa. Dulu saya pun begitu juga. Kebanyakan kita penulis blog, hadapi masalah yang sama dulu. Kita mahu menulis blog, kita tahu bagaimana nak tulis beberapa perenggan atau dua, tapi bila berdepan dengan kotak teks mesej kosong dalam Blogger, kita terduduk kaku. Kita anggap tiada siapa akan membaca apa yang mahu kita katakan. Untuk seketika, kita hadapi sekatan penulis biog. Jangan bimbang kerana ada penyelesaiannya.

Salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan blog anda popular (yang dimaksudkan di sini ialah blog anda mempunyai potensi untuk mendapatkan banyak duit), ialah dengan selalu kemas kinikan isi kandungan yang menarik minat pembaca dan lokasi iklan yang balk. Pada hemat saya, lokasi iklan adalah perkara yang mudah sekali. Yang susahnya, sekurang-kurangnya pada permulaan ialah memikirkan tajuk yang anda boleh tulis hari demi hari.

Sebenarnya anda mempunyai banyak pilihan tentang apa yang mahu dituliskan dalam biog. Tetapi ini boleh jadi satu bala daripada rahmat. Seperti seorang anak masuk ke dalam kedai permainan yang diberitahu boleh memiliki apa saja yang dia mahu. Ianya terlalu banyak. Apa yang mereka pilih? Ada banyak pilihan. Disuruh "tulis tentang apa saja yang awak mahu" samalah seperti anak itu; terlampau banyak sangat pilihan.

Untuk membantu anda dalam memutuskan topik blog, kenalah faham sedikit tentang bagaimana enjin carian dan AdSense berfungsi. Jika anda hanya berminat menulis tentang hal peribadi, blog yang bukan bertujuan buat duit, maka boleh tulis tentang apa saja yang anda mahu. Anda perlu hantar pautan blog kepada kawan dan ahli keluarga, kemas kini blog tentang kehidupan seharian anda dari semasa ke semasa, buat begini cukup. Tapi kalau anda mahu buat duit daripada blog anda, maka anda perlu tahu bagaimana untuk menarik pembaca ke blog, bagaimana supaya pembaca datang lagi dan lagi dan bagaimana mahu buat duit sebanyak mungkin daripada pengklikan pengunjung pada iklan AdSense anda.

Kita akan terokai Pengoptimuman Enjin Carian (SEO) dan fungsi AdSense dengan Iebih lanjut pada bab lain dalam eBuku ini. Buat masa sekarang, amatlah panting kepada kejayaan blog anda bahawa anda harus faham yang anda perlu tahu serba sedikit tentang bagaimana SEO dan AdSense berfungsi, kerana is dapat banyak membantu anda dalam memutuskan topik apa yang hendak diblogkan. Jika anda berminat dalam membuat duit dengan blog, maka anda perlu tahu topik manakah yang akan mendatangkan trafik daripada enjin carian. SEO boleh bantu memberikan beberapa pembaca, isi kandungan baru akan sentiasa mendorong semua pembaca anda untuk datang berulang kali dan iklan AdSense yang relevan pada blog anda akan bantu mendapatkan klik yang membuatkan duit untuk anda.

Dengan hanya melihat kepada SEO atau AdSense tidak akan menjamin kejayaan blog anda dengan sebarang topik khusus. Namun, maklumat yang diperoleh darinya boleh bantu anda ke arah yang betul. Gunakanlah kedua-dua ini sebagai panduan dalam membina blog anda dan semua isi kandungan. Ini adalah suatu kelebihan jika anda melakukannya.

0 comments: